Friday, April 11, 2008

Mencari Sinar

Aku terperangkap..
terperangkap di dalam bayang-bayang..
Aku tak tahu arah mana patut ku tuju..
Apa yang patut aku lakukan..?
Adakah aku hanya akan berdiam diri..?
Menanti cahaya menyinari langkahku..
Menanti keajaiban berlaku..?

Tidak.. aku harus melangkah..
Walaupun tak pasti hala tujuku..
tetapi lebih baik dari terus menunggu..
Walau tak pasti apa yang menanti...

Aku masih terperangkap..
terperangkap di dalam bayang-bayang..
Aku terus melangkah..
melangkah di dalam kelam...

Aku lihat sinar di hadapanku..
Aku lihat sinar di belakangku..
Aku lihat sinar di kananku..
Aku lihat sinar di kiriku..
Aku semakin keliru...

Ya Allah, Ya Tuhanku, aku memohon kepada-Mu..
Berilah aku petunjuk, terangkan langkahku dengan sinar-Mu..
Aku tidak mahu terus sesat di dalam bayang-bayang ini..
Aku khuatir kelak akan membinasakan diri ini...


:: 0215 hrs :: 08 Feb 2006 ::

No comments: